Jom... sambil makan2 raya bole mandi manda di Kuala Woh Tapah ni. Maklumat semua ada kat atas tu. Jangan tunggu lagi... dah tak lama dah....
Friday, August 15, 2014
Sunday, July 13, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Random From FB part II
Rupanya banyak lagi, gambar-gambar yang dikongsikan dalam akaun FB individu berkaitan acara ni. Jadi, dikongsikan pula di laman blog ni jugak. Antara sumber gambar-gambar berikut adalah Hanif Neo, Pojie Autopart, ShazLans Shah dan Hairil Azuan (Harap korang halalkan gambar2 korang dikongsi di sini). Gambar diupload secara random sahaja. Enjoy the pics...
Saturday, July 12, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Video Collection
Berikut adalah himpunan video-video sepanjang acara Nissan Track Day & Gathering 2014 yang telah dikongsikan oleh rakan-rakan kita melalui Youtube...
Dari Hairil Azuan
Tuesday, July 8, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Random From FB
Berikut ni gambar2 yang dicedok dari FB... terutama AJK gambar, Shahrul Anuar. Kalau ada sesapa punya gambar termasuk dalam ni, mohon dihalalkan yerk. huhuhu
REGISTRATION AND BRIEFING
Monday, July 7, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Photo Session
Sambungan dari Nissan Track Day & Gathering 2014 :: CCT.
Selesai acara CCT, semua yang hadir, sama ada yang menyertai acara trackday atau yang hanya datang sebagai pononton telah sepakat untuk meletakkan kenderaan Nissan masing-masing di bahagian tengah litar untuk sesi mengambil gambar. Kenderaan-kenderaan ini menjadi latar kepada gambar peserta dan pononton pada hari tersebut.
Sunday, July 6, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: CCT
Bersambung dari Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Time Attack & CCT.
Seterusnya acara CCT untuk Nissan AD Resort Y10.
Saturday, July 5, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Time Attack & CCT
Sambungan dari Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Briefing & Around The Track.
Acara drag telah diadakan sepanjang waktu pagi iaitu dari pukul 9.30pagi sehingga 12.30tengahari. Kemudian acara telah berhenti sebentar bagi membolehkan peserta dan jentera masing-masing berehat sebelum meneruskan acara pada sebelah petang. Peserta dan sukarelawan juga disediakan makan tengahari bagi memudahkan mereka. Disamping itu, pengunjung boleh mendapatkan makan tengahari di kafeteria yang terdapat di litar ini.
Pada pukul 2.00petang, acara disambung semula dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan perjalanan acara sekali lagi oleh Ketua Marshall yang telah dilantik. Taklimat kali ini adalah sebagai persiapan bagi acara Time Attack dan CCT.
Friday, July 4, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Briefing & Around The Track
Bersambung dari Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Prep, Warm Up & Register.
Pada pukul 9.00 pagi, satu sesi taklimat keselamatan dan kaedah perlaksanaan acara drag telah diadakan oleh Ketua Marshall. Kemudian peserta diberi peluang untuk membuat persiapan terakhir dan melekatkan pelekat yang disediakan pada jentera masing-masing
Thursday, July 3, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Prep, Warm Up & Register
Sambungan dari Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Official Results
Nissan Track Day & Gathering telah dianjurkan atas inisiatif pemilik-pemilik Nissan yang dahagakan acara-acara permotoran dengan kos berpatutan dan disertai dikalangan rakan-rakan pemilik Nissan yang lain. Atas semangat yang ditunjukkan oleh pemilik-pemilik Nissan tersebut, pihak NISMOCLUB telah bersetuju untuk memikul tanggungjawab selaku penganjur utama. Persiapan telah dibuat sejak 2 bulan sebelum acara diadakan. Walaupun dalam tempoh yang singkat, acara telah berjaya dianjurkan dengan lancar.
Monday, June 23, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Official Results
Alhamdulillah syukur, kerana acara julung-julung kali Track Day yang dianjurkan oleh NISMOCLUB telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Jun 2014 yang lalu. Kehangatan dan semangat peserta masih lagi terasa sehingga ke hari ini. Ramai yang sudah tidak sabar untuk menyertai acara Track Day pada masa akan datang. Adalah sangat diharapkan acara ini akan terus dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang.
Friday, June 20, 2014
Wednesday, June 18, 2014
Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 4
Sambungan dari Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 3
Bagi golongan dewasa yang sukakan cabaran, thrill dan pantang dicabar, gelongsor tinggi yang disediakan di taman tema ini telah memadai buat mereka.
Sunday, June 8, 2014
Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 3
Sambungan dari Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 2
Tidak ketinggalan juga semestinya acara sukaneka untuk kanak-kanak.
Saturday, June 7, 2014
Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 2
Sambungan dari Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 1.
Seterusnya acara-acara sukaneka bagi kategori dewasa diteruskan. Antaranya adalah acara Isi Air Dalam Botol dan 3 Serangkai.
Saturday, May 31, 2014
Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 1
Sambungan dari Family Day 2014 :: Photoshoot
Selesai menyusun kereta di kawasan yang ditentukan dan acara fotoshoot diadakan, peserta telah beramai-ramai masuk ke The Carnivall iaitu taman tema air yang terkenal di utara tanah air. Disamping bergembira dengan tarikan-tarikan yang ada di The Carnivall, acara sukaneka juga diadakan di sini. Sudah pasti ianya menarik setelah menggabungkan keseronokan bersukaneka bersama tarikan taman tema air.
Thursday, May 29, 2014
Family Day 2014 :: Photoshoot
Sambungan dari Family Day 2014 :: The Beginning
2 May 2014 (Jumaat)
Setelah mendengar taklimat, semua peserta bersama keluarga masing-masing telah berkonvoi ke tempat letak kereta taman tema The Carnival. Terdapat dua tujuan utama peserta datang ke lokasi ini. Yang pertama adalah bagi tujuan fotoshoot dan keduanya adalah untuk masuk beriadah dalam taman tema air tersebut.
Tuesday, May 27, 2014
Family Day 2014 :: The Beginning
NISMOCLUB MALAYSIA telah menganjurkan acara tahunan terbesar kelab iaitu NISMOCLUB Family Day bagi tahun 2014 di Cinta Sayang Resort Golf & Country Club Sungai Petani Kedah Darul Aman pada 1 hingga 3 May 2014 yang lalu.
Program ini dianjurkan untuk mencapai matlamat seperti berikut:
a) Mengeratkan tali silaturahim antara ahli keluarga;
b) Memupuk semagat kerjasama dan persaudaraan antara ahli keluarga;
c) Menyemai sifat hormat menghormati antara ahli keluarga; dan
d) Menjadikan medium untuk untuk merehatkan minda kepada semua peserta.
Tuesday, May 20, 2014
Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 :: Brief Report
Sambungan dari Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 :: 2nd Session.
Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 telah diadakan bersempena Family Day NISMOCLUB 2014 di Cinta Sayang Resort Sungai Petani pada 1 Mei 2014 yang lalu. Penyertaan telah didominasi oleh ahli-ahli NISMOCLUB dan pemilik Nissan/Datsun dari zon utara.
Thursday, May 15, 2014
Wednesday, May 14, 2014
Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Maklumat Lanjut
1. Nissan
Track Day & Gathering :
Terdapat
dua bahagian dalam acara ini:
a.
Track Day: Peserta
akan diberi peluang untuk memandu kereta Nissan/Datsun masing-masing dalam
acara Drag pada bahagian lurus litar
dan acara Time Attack mengelilingi
litar dengan masa terpantas dalam keadaan keselamatan yang terkawal. Acara ini
bukan pertandingan. Namun senarai kedudukan (ranking) akan dikeluarkan.
b.
Gathering: Pemilik dan peminat kereta-kereta
Nissan/Datsun dapat berkumpul untuk mengeratkan sillaturahim, berkongsi pengalaman
dan pengetahuan sambil menyaksikan acara Drag
dan Time Attack di litar.
Monday, May 12, 2014
Sunday, May 11, 2014
Thursday, May 8, 2014
Wednesday, April 16, 2014
Sunday, April 13, 2014
Saturday, April 12, 2014
NISMOCLUB Family Day 2014 :: Maklumat Pakej & Bayaran
Hari Keluarga NISMOCLUB telah kembali untuk kali yang ke-10 pada
tahun 2014 ini. Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap ahli NISMOCLUB
dan keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengalaminya.
Tarikh :
1 hingga 3 May 2014 (Khamis – Sabtu)
Tempat :
Kelab Cinta Sayang dan The Carnival Sungai Petani, Kedah
Acara :
Autokhana, Sukaneka, Cabutan Bertuah, BBQ Dinner, Steamboat Dinner, Karaoke,
Photoshoot, Taman Tema Air The Carnival dan bermacam lagi.
Sunday, March 30, 2014
Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Botak dan lain2
Sambungan dari sini.
Kita sambung baca report event ni, sambil2 layan gambar2 yang diambik oleh Botak dan jurugambar lain yang tak dapat dipastikan sapa.... psal mender dah lama... 4-5 tahun... .huhuh
Acara yang mendapat
sambutan paling hebat dari penonton yang hadir adalah Demonstrasi Drift.
Jentera-jentera Nissan yang menyertai acara ini terdiri dari kereta-kereta
Nissan dengan pacuan roda belakang yang sememangnya sinonim dan terkenal dengan
prestasi melakukan aksi Drift dengan baik.
Thursday, March 27, 2014
Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Assan
Sambungan dari sini.
Sambungan laporan bersama imej-imej oleh Assan plak....
Tujuan utama penganjuran Cabaran
Autokhana 2009 adalah untuk menggalakkan dan mengeratkan perpaduan pelbagai
kaum pemilik kereta Nissan dan Datsun. Selain itu peserta dapat menguji dan
mempertingkatkan tahap kecekapan dan kemahiran memandu dengan teknik yang
betul. Peserta juga diberikan kesedaran dan peringatan sepanjang acara diadakan
tentang kepentingan keselamatan bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan sepanjang
pertandingan juga di jalan raya.
Wednesday, March 26, 2014
Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Mr. DG
Hmmmm..... kenapa yerk nak post nostalgia event Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 ni? Kalau nak tahu.... sila semak dipenghujung entry ni... ahaksss
Sebelum tu, jom kita layan gambar dan laporan event yang meriah ini. Gambar adalah nukilan Mr. DG.
.
.
.
.
Buat julung kalinya, Kelab Permotoran Kereta Nissan Malaysia atau lebih dikenali sebagai NISMOCLUB telah menganjurkan acara yang berbentuk sukan permotoran pada 8 November 2009 yang lalu di Kawasan Rehat & Rawat Lebuhraya Selat Kelang Utara, Shapadu. Acara yang dimaksudkan adalah Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009.
Tuesday, March 25, 2014
Family Day 2013 :: Photoshoot 2
Kalau sebelum entry nih, gambar2 diambil dari sudut tinggi... ni plak macam mana plak keadaannya berada pada lokasi tempat berkumpul.
Pada Family Day 2013 yang lalu, kebetulan berhadapan dengan resort, ada sebidang padang rumput. Memang sesuai untuk sesi fotoshoot. Penganjur telah memohon kebenaran terlebih dahulu dari pihak resort bagi menggunakan lokasi ini. Bagi shoot dari sudut atas, fotografer hanya perlu duduk di salah satu apartment yang disewa. Walaupun penyertaan pada tahun 2013 menurun, tetapi acara yang dianjurkan tetap meriah.
Monday, March 24, 2014
Family Day 2013 :: Photoshoot
Satu lagi acara wajib dalam setiap Family Day yang dianjurkan NISMOCLUB adalah acara photoshoot. Dalam acara ini setiap peserta Family Day akan berkumpul dengan kereta Nissan mereka masing-masing ke lokasi yang telah ditetapkan oleh penganjur. Kriteria pemilihan lokasi selalunya adalah lokasi yang mempunyai keluasan yang mampu menampung bilangan kereta Nissan yang banyak dalam satu-satu masa. Pernah dalam salah satu acara Photoshoot Family Day ini, sebanyak 150 buah Nissan dari pelbagai jenis dan model berjaya dikumpulkan.
Sunday, March 23, 2014
Family Day 2013 :: Malam Pertama
Malam pertama semasa Family Day selalunya adalah malam santai, makan malam bersama dan perjumpaan tidak rasmi. Semasa ini lah peserta Family Day akan duduk berborak dan bertanyakan khabar sesama mereka. Almaklum, mereka datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Peluang untuk berjumpa begini beramai2 hanya datang sekali setahun. Sudah pasti masing-masing kerinduan. hahaha.... Walaupun di alam maya seperti facebook dan wassap sering berkomunikasi, tapi komunikasi bersemuka lebih intim dan meninggalkan kesan yang mendalam.
Saturday, March 22, 2014
Family Day 2013 :: Sukaneka
Telah menjadi tradisi untuk Family Day NISMOCLUB mengadakan acara sukaneka. Acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan lagi suasana selain mengeratkan hubungan sesama peserta dan juga keluarga masing-masing. Semasa acara inilah peserta akan dapat berinteraksi dengan santai dan penuh kegembiraan. Berikut adalah contoh gambar2 yang sempat dirakam dan diedit oleh Eye Creative (Hairil Azuan) semasa acara sukaneka yang diadakan semasa Family Day 2013 di Kuala Selangor yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)