Sambungan dari sini.
Kita sambung baca report event ni, sambil2 layan gambar2 yang diambik oleh Botak dan jurugambar lain yang tak dapat dipastikan sapa.... psal mender dah lama... 4-5 tahun... .huhuh
Acara yang mendapat
sambutan paling hebat dari penonton yang hadir adalah Demonstrasi Drift.
Jentera-jentera Nissan yang menyertai acara ini terdiri dari kereta-kereta
Nissan dengan pacuan roda belakang yang sememangnya sinonim dan terkenal dengan
prestasi melakukan aksi Drift dengan baik.
Walaupun Demonstrasi Drift ini hanyalah pertunjukkan, namun ianya berjaya menarik penyertaan dari pasukan drift terkenal tempatan seperti Team FX Formula yang mempertaruhkan dua buah Nissan Fairlady 350Z dan sebuah Sylvia S15. Manakala Team Federal Tyres menyajikan aksi Nissan Cefiro A31. Aksi-aksi lasak pemandu Drift terkenal negara seperti Mervyn Nakamura, Rudy Norman dan lain-lain telah berjaya menghiburkan penonton yang membanjiri kawasan Rehat dan Rawat Lebuhraya Shapadu ini.
Cabaran Autokhana 2009
diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi tiga tempat
teratas bagi setiap kategori. Penyampaian hadiah yang berupa piala dan
hadiah-hadiah istimewa dari penaja telah disempurnakan oleh wakil dari Edaran
Tan Chong Motors Sdn Bhd, Encik Yusof Mohd Saidin dan Pengerusi NISMOCLUB,
Encik Mohd Ali Harun. Pemenang Pemandu Terbaik Keseluruhan telah dimenangi oleh
Muhammad Iskandar Mohd Ali. Beliau mengemudi Nissan AD Resort Y10 dengan enjin
SR20VE untuk mendapatkan jumlah catatan masa terpantas antara semua peserta.
Manakala saguhati Drifter terbaik
telah dianugerahkan kepada Mervyn Nakamura dari Team Federal Tyres.
Juara Keseluruhan... En. Iskandar aka Heppa |
NISMOCLUB selaku penganjur
Cabaran Autokhana 2009 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
agensi-agensi yang memberi kerjasama, syarikat-syarikat yang memberi tajaan,
peserta-peserta, sukarelawan dan penonton yang hadir kerana telah menjadikan
acara ini sebuah acara yang berjaya dan menyeronokkan. Adalah diharapkan
sokongan ini akan berterusan untuk acara-acara lain yang bakal dianjurkan oleh
NISMOCLUB. Untuk maklumat lanjut berkaitan NISMOCLUB dan aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan bolehlah melayari www.mynismoclub.org atau http://nismoclub.6.forumer.com.
Dengan ini, berakhir laporan acara yang julung2 kali dianjurkan NISMOCLUB pada tahun 2009 yang lalu. Adakah kemeriahan acara seperti ini dapat diulangi pada Family Day 2014 tak lama lagi? Hanya anda lah harapan untuk memastikan penganjuran autokhana di FD2014 lebih meriah dari yang telah diadakan pada 2009 ini. Jomm.....
Seronoknya...macam mana nak join kalau di Selangor?
ReplyDelete