Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama ini adalah sangat penting kepada Kelab Permotoran Nissan atau dikenali sebagai NISMOCLUB. Ianya merupakan langkah pertama NISMOCLUB(baru) dalam merancang dan mengatur strategi bagi mengharungi cabaran masa depan. Pengalaman NISMOCLUB(lama) telah memberi pendedahan dan mematangkan operasi NISMOCLUB(baru) bagi memastikan kelab ini kekal relevan.
Agenda AGM kali ini adalah seperti berikut:
- Pengenalan AJK Penaja
- Latar Belakang Penubuhan Kelab
- Pembentangan Dan Perbincangan Usul
- Cadangan mewujudkan perlembagaan baru NISMOCLUB;
- Cadangan mewujudkan akaun bank rasmi NISMOCLUB;
- Cadangan menentukan status keahlian bekas ahli NISMOCLUB(lama); dan
- Cadangan menentukan kaedah dan format nombor keahlian NISMOCLUB.
- Pembubaran AJK Penaja
- Pemilihan AJK Baru 2014/2015
- Ucapan Penangguhan
Selain itu, Mesyuarat ini juga telah membincangkan syarat-syarat untuk menjadi ahli. Dalam perbincangan tersebut telah dipersetujui untuk menentukan keahlian bersekutu bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan Nissan. Mesyuarat juga bersetuju untuk melihat kemungkinan untuk membenarkan Permastautin Tetap untuk menjadi ahli. Perkara-perkara ini akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk kelulusan sebelum boleh dikuatkuasakan.
Barisan AJK Penaja |
Mesyuarat telah mengadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa NISMOCLUB bagi tahun 2014 melalui pengundian. AJK NISMOCLUB 2014 adalah seperti berikut:
Pengerusi : Hishammizar bin Jaafar (Mizar)
Naib Pengerusi : Mohd Herdi Shah bin Mohd Razali (Adneo)
Setiausaha : Mohd Shahiran bin Nazaruddin (Boyan)
Pen. Setiausaha : Mohammad Huswardi bin Wahab (Wardi)
Bendahari : Hanif bin Abu Bakar (Hanif y10)
AJK : Abdul Aziz bin Hamid( Aziz b13)
Mohamad Fauzan bin Ahmad Shaffie (Fauzan)
Juruaudit 1 : Mohd Zul Helmi bin Muhamad Husin(Bengkarl)
Juruaudit 2 : Mohd Fazeri bin Mustafa (Pak Lang)

No comments:
Post a Comment