Sambungan dari sini.
Sambungan laporan bersama imej-imej oleh Assan plak....
Tujuan utama penganjuran Cabaran
Autokhana 2009 adalah untuk menggalakkan dan mengeratkan perpaduan pelbagai
kaum pemilik kereta Nissan dan Datsun. Selain itu peserta dapat menguji dan
mempertingkatkan tahap kecekapan dan kemahiran memandu dengan teknik yang
betul. Peserta juga diberikan kesedaran dan peringatan sepanjang acara diadakan
tentang kepentingan keselamatan bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan sepanjang
pertandingan juga di jalan raya.
Penyertaan dalam
pertandingan Autokhana telah dibahagikan kepada empat kategori mengikut
kapasiti dan jenis enjin yang digunakan. Kategori-kategori tersebut adalah
Kategori N1 untuk kereta dengan enjin Normally
Aspirated sehingga 1600cc dan Kategori N2 bagi kereta yang berkapasiti
1601cc keatas. Manakala kereta yang bernadikan enjin dengan teknologi injap
boleh ubah NEO VVL diklasifikasikan di bawah Kategori V terbuka dan kereta
dengan enjin pendesak turbo di bawah Kategori T terbuka.
Kawasan lokasi acara mula
dibanjiri oleh penonton bagi menyaksikan aksi-aksi dari pertandingan Autokhana
ini dan Demonstrasi Drift sejak awal pagi. Penonton yang hadir dianggarkan
mencecah 400 orang. Ahli NISMOCLUB sendiri ada yang datang dari Terengganu, Pahang,
Johor dan Melaka untuk memberi sokongan, menyertai acara dan menyaksikan acara
ini. Kumpulan-kumpulan dari laman web komuniti Nissan yang lain juga turut
hadir seperti dari www.n16.com.my, www.drift.com.my dan Livina Enthusiast Portal (www.mylivina.com). Jika dilihat ditempat
letak kereta, terdapat pelbagai jenis dan variasi model kereta Nissan dan
Datsun yang hadir.
Selain model-model yang biasa dilihat di jalan raya, terdapat juga kereta-kereta keluaran terbaru dan berteknologi tinggi Nissan, kereta-kereta sport lagenda Nissan dan tidak ketinggalan juga kereta-kereta Old School Datsun yang masih gagah menyusuri jalan raya Malaysia, sama ada dalam keadaan spesifikasi kilang asal atau pun yang telah diubahsuai dan dinaiktaraf.
Apa kata kita tangguh dulu laporan seterusnya.... psal ada 1 lagi entry nak dikongsikan. Apa2 pun kita layan gambar dulu.
Adakah gambar-gambar yang dikongsikan ini telah membuatkan anda teruja? Kalau dah... jangan tunggu lagi... bayarlah deposit untuk sertai Family Day 2014... sebab salah satu acara yang akan dianjurkan sepanjang Family Day 2014 adalah autokhana....Istimewa untuk peserta-peserta FD2014!!
No comments:
Post a Comment