Friday, August 15, 2014

NISMO MERDEKA RAYA 2014


Jom... sambil makan2 raya bole mandi manda di Kuala Woh Tapah ni. Maklumat semua ada kat atas tu. Jangan tunggu lagi... dah tak lama dah....

Sunday, July 13, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Random From FB part II

Rupanya banyak lagi, gambar-gambar yang dikongsikan dalam akaun FB individu berkaitan acara ni. Jadi, dikongsikan pula di laman blog ni jugak. Antara sumber gambar-gambar berikut adalah Hanif NeoPojie AutopartShazLans Shah dan Hairil Azuan (Harap korang halalkan gambar2 korang dikongsi di sini). Gambar diupload secara random sahaja. Enjoy the pics...




Saturday, July 12, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Video Collection

Berikut adalah himpunan video-video sepanjang acara Nissan Track Day & Gathering 2014 yang telah dikongsikan oleh rakan-rakan kita melalui Youtube...

Dari Hairil Azuan




Tuesday, July 8, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Random From FB

Berikut ni gambar2 yang dicedok dari FB... terutama AJK gambar, Shahrul Anuar. Kalau ada sesapa punya gambar termasuk dalam ni, mohon dihalalkan yerk. huhuhu



REGISTRATION AND BRIEFING

Monday, July 7, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Photo Session


Selesai acara CCT, semua yang hadir, sama ada yang menyertai acara trackday atau yang hanya datang sebagai pononton telah sepakat untuk meletakkan kenderaan Nissan masing-masing di bahagian tengah litar untuk sesi mengambil gambar. Kenderaan-kenderaan ini menjadi latar kepada gambar peserta dan pononton pada hari tersebut.




Saturday, July 5, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Time Attack & CCT


Acara drag telah diadakan sepanjang waktu pagi iaitu dari pukul 9.30pagi sehingga 12.30tengahari. Kemudian acara telah berhenti sebentar bagi membolehkan peserta dan jentera masing-masing berehat sebelum meneruskan acara pada sebelah petang. Peserta dan sukarelawan juga disediakan makan tengahari bagi memudahkan mereka. Disamping itu, pengunjung boleh mendapatkan makan tengahari di kafeteria yang terdapat di litar ini.

Pada pukul 2.00petang, acara disambung semula dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan perjalanan acara sekali lagi oleh Ketua Marshall yang telah dilantik. Taklimat kali ini adalah sebagai persiapan bagi acara Time Attack dan CCT.



Friday, July 4, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Briefing & Around The Track



Pada pukul 9.00 pagi, satu sesi taklimat keselamatan dan kaedah perlaksanaan acara drag telah diadakan oleh Ketua Marshall. Kemudian peserta diberi peluang untuk membuat persiapan terakhir dan melekatkan pelekat yang disediakan pada jentera masing-masing 

Thursday, July 3, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Prep, Warm Up & Register


Nissan Track Day & Gathering telah dianjurkan atas inisiatif pemilik-pemilik Nissan yang dahagakan acara-acara permotoran dengan kos berpatutan dan disertai dikalangan rakan-rakan pemilik Nissan yang lain. Atas semangat yang ditunjukkan oleh pemilik-pemilik Nissan tersebut, pihak NISMOCLUB telah bersetuju untuk memikul tanggungjawab selaku penganjur utama. Persiapan telah dibuat sejak 2 bulan sebelum acara diadakan. Walaupun dalam tempoh yang singkat, acara telah berjaya dianjurkan dengan lancar.


Monday, June 23, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Official Results



Alhamdulillah syukur, kerana acara julung-julung kali Track Day yang dianjurkan oleh NISMOCLUB telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Jun 2014 yang lalu. Kehangatan dan semangat peserta masih lagi terasa sehingga ke hari ini. Ramai yang sudah tidak sabar untuk menyertai acara Track Day pada masa akan datang. Adalah sangat diharapkan acara ini akan terus dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang.

Wednesday, June 18, 2014

Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 4

Bagi golongan dewasa yang sukakan cabaran, thrill dan pantang dicabar, gelongsor tinggi yang disediakan di taman tema ini telah memadai buat mereka. 



Saturday, June 7, 2014

Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 2




Seterusnya acara-acara sukaneka bagi kategori dewasa diteruskan. Antaranya adalah acara Isi Air Dalam Botol dan 3 Serangkai.

Saturday, May 31, 2014

Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 1


Selesai menyusun kereta di kawasan yang ditentukan dan acara fotoshoot diadakan, peserta telah beramai-ramai masuk ke The Carnivall iaitu taman tema air yang terkenal di utara tanah air. Disamping bergembira dengan tarikan-tarikan yang ada di The Carnivall, acara sukaneka juga diadakan di sini. Sudah pasti ianya menarik setelah menggabungkan keseronokan bersukaneka bersama tarikan taman tema air.



Thursday, May 29, 2014

Family Day 2014 :: Photoshoot



2 May 2014 (Jumaat)
Setelah mendengar taklimat, semua peserta bersama keluarga masing-masing telah berkonvoi ke tempat letak kereta taman tema The Carnival. Terdapat dua tujuan utama peserta datang ke lokasi ini. Yang pertama adalah bagi tujuan fotoshoot dan keduanya adalah untuk masuk beriadah dalam taman tema air tersebut.


Tuesday, May 27, 2014

Family Day 2014 :: The Beginning

NISMOCLUB MALAYSIA telah menganjurkan acara tahunan terbesar kelab iaitu NISMOCLUB Family Day bagi tahun 2014  di Cinta Sayang Resort Golf & Country Club Sungai Petani Kedah Darul Aman  pada 1 hingga 3 May 2014 yang lalu.

Program ini dianjurkan untuk mencapai matlamat seperti berikut:
a) Mengeratkan tali silaturahim antara ahli keluarga;
b) Memupuk semagat  kerjasama dan persaudaraan antara ahli keluarga;
c) Menyemai sifat hormat menghormati antara ahli keluarga; dan
d) Menjadikan medium untuk untuk merehatkan minda kepada semua peserta.

Berkumpul sebelum berkonvoi ke Cinta Sayang Resort
Pendaftaran peserta

Tuesday, May 20, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 :: Brief Report

Sambungan dari Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 :: 2nd Session.



Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 telah diadakan bersempena Family Day NISMOCLUB 2014 di Cinta Sayang Resort Sungai Petani pada 1 Mei 2014 yang lalu. Penyertaan telah didominasi oleh ahli-ahli NISMOCLUB dan pemilik Nissan/Datsun dari zon utara.

Wednesday, May 14, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Maklumat Lanjut




1.      Nissan Track Day & Gathering :

Terdapat dua bahagian dalam acara ini:

a.      Track Day: Peserta akan diberi peluang untuk memandu kereta Nissan/Datsun masing-masing dalam acara Drag pada bahagian lurus litar dan acara Time Attack mengelilingi litar dengan masa terpantas dalam keadaan keselamatan yang terkawal. Acara ini bukan pertandingan. Namun senarai kedudukan (ranking) akan dikeluarkan.

b.      Gathering: Pemilik dan peminat kereta-kereta Nissan/Datsun dapat berkumpul untuk mengeratkan sillaturahim, berkongsi pengalaman dan pengetahuan sambil menyaksikan acara Drag dan Time Attack di litar.

Saturday, April 12, 2014

NISMOCLUB Family Day 2014 :: Maklumat Pakej & Bayaran


Hari Keluarga NISMOCLUB telah kembali untuk kali yang ke-10 pada tahun 2014 ini. Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap ahli NISMOCLUB dan keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengalaminya.

Tarikh   : 1 hingga 3 May 2014 (Khamis – Sabtu)
Tempat : Kelab Cinta Sayang dan The Carnival Sungai Petani, Kedah
Acara    : Autokhana, Sukaneka, Cabutan Bertuah, BBQ Dinner, Steamboat Dinner, Karaoke, Photoshoot, Taman Tema Air The Carnival dan bermacam lagi.

Sunday, March 30, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Botak dan lain2

Sambungan dari sini.

Kita sambung baca report event ni, sambil2 layan gambar2 yang diambik oleh Botak dan jurugambar lain yang tak dapat dipastikan sapa.... psal mender dah lama... 4-5 tahun... .huhuh




Acara yang mendapat sambutan paling hebat dari penonton yang hadir adalah Demonstrasi Drift. Jentera-jentera Nissan yang menyertai acara ini terdiri dari kereta-kereta Nissan dengan pacuan roda belakang yang sememangnya sinonim dan terkenal dengan prestasi melakukan aksi Drift dengan baik. 

Thursday, March 27, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Assan

Sambungan dari sini.

Sambungan laporan bersama imej-imej oleh Assan plak....



Tujuan utama penganjuran Cabaran Autokhana 2009 adalah untuk menggalakkan dan mengeratkan perpaduan pelbagai kaum pemilik kereta Nissan dan Datsun. Selain itu peserta dapat menguji dan mempertingkatkan tahap kecekapan dan kemahiran memandu dengan teknik yang betul. Peserta juga diberikan kesedaran dan peringatan sepanjang acara diadakan tentang kepentingan keselamatan bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan sepanjang pertandingan juga di jalan raya.

Wednesday, March 26, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Mr. DG

Hmmmm..... kenapa yerk nak post nostalgia event Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 ni? Kalau nak tahu.... sila semak dipenghujung entry ni... ahaksss

Sebelum tu, jom kita layan gambar dan laporan event yang meriah ini. Gambar adalah nukilan Mr. DG.
.
.
.
.
Buat julung kalinya, Kelab Permotoran Kereta Nissan Malaysia atau lebih dikenali sebagai NISMOCLUB telah menganjurkan acara yang berbentuk sukan permotoran pada 8 November 2009 yang lalu di Kawasan Rehat & Rawat Lebuhraya Selat Kelang Utara, Shapadu. Acara yang dimaksudkan adalah Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009.

Peserta diberikan taklimat keselamatan

Tuesday, March 25, 2014

Family Day 2013 :: Photoshoot 2


Kalau sebelum entry nih, gambar2 diambil dari sudut tinggi... ni plak macam mana plak keadaannya berada pada lokasi tempat berkumpul. 

Pada Family Day 2013 yang lalu, kebetulan berhadapan dengan resort, ada sebidang padang rumput. Memang sesuai untuk sesi fotoshoot. Penganjur telah memohon kebenaran terlebih dahulu dari pihak resort bagi menggunakan lokasi ini. Bagi shoot dari sudut atas, fotografer hanya perlu duduk di salah satu apartment yang disewa. Walaupun penyertaan pada tahun 2013 menurun, tetapi acara yang dianjurkan tetap meriah.

Monday, March 24, 2014

Family Day 2013 :: Photoshoot


Satu lagi acara wajib dalam setiap Family Day yang dianjurkan NISMOCLUB adalah acara photoshoot. Dalam acara ini setiap peserta Family Day akan berkumpul dengan kereta Nissan mereka masing-masing ke lokasi yang telah ditetapkan oleh penganjur. Kriteria pemilihan lokasi selalunya adalah lokasi yang mempunyai keluasan yang mampu menampung bilangan kereta Nissan yang banyak dalam satu-satu masa. Pernah dalam salah satu acara Photoshoot Family Day ini, sebanyak 150 buah Nissan dari pelbagai jenis dan model berjaya dikumpulkan.

Sunday, March 23, 2014

Family Day 2013 :: Malam Pertama


Malam pertama semasa Family Day selalunya adalah malam santai, makan malam bersama dan perjumpaan tidak rasmi. Semasa ini lah peserta Family Day akan duduk berborak dan bertanyakan khabar sesama mereka. Almaklum, mereka datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Peluang untuk berjumpa begini beramai2 hanya datang sekali setahun. Sudah pasti masing-masing kerinduan. hahaha.... Walaupun di alam maya seperti facebook dan wassap sering berkomunikasi, tapi komunikasi bersemuka lebih intim dan meninggalkan kesan yang mendalam.

Saturday, March 22, 2014

Family Day 2013 :: Sukaneka


Telah menjadi tradisi untuk Family Day NISMOCLUB mengadakan acara sukaneka. Acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan lagi suasana selain mengeratkan hubungan sesama peserta dan juga keluarga masing-masing. Semasa acara inilah peserta akan dapat berinteraksi dengan santai dan penuh kegembiraan. Berikut adalah contoh gambar2 yang sempat dirakam dan diedit oleh Eye Creative (Hairil Azuan) semasa acara sukaneka yang diadakan semasa Family Day 2013 di Kuala Selangor yang lalu.