Monday, March 24, 2014

Family Day 2013 :: Photoshoot


Satu lagi acara wajib dalam setiap Family Day yang dianjurkan NISMOCLUB adalah acara photoshoot. Dalam acara ini setiap peserta Family Day akan berkumpul dengan kereta Nissan mereka masing-masing ke lokasi yang telah ditetapkan oleh penganjur. Kriteria pemilihan lokasi selalunya adalah lokasi yang mempunyai keluasan yang mampu menampung bilangan kereta Nissan yang banyak dalam satu-satu masa. Pernah dalam salah satu acara Photoshoot Family Day ini, sebanyak 150 buah Nissan dari pelbagai jenis dan model berjaya dikumpulkan.



Selain itu, lokasi yang dipilih juga perlu mempunyai akses yang mudah. Bukan apa, ada antara kawan2 kita yang berkereta loward... kalau susah nak masuk, banyak bumper tinggi2... kesian plak diorang nak bawak keta mengiring utk panjat bumper tu.




Faktor-faktor lain adalah seperti ciri2 cinematografi (amik kau)... yer lah... nak amik gambar, mesti mau gambar tu chantek... background kena lah ada nilai2 estetik. Pastu kena pikirkan juga lokasi fotografer akan amik gambar semua kereta2 Nissan tu. Selalunya fotografer kena dok pada ketinggian, untuk dapatkan shoot yang terbaik.



Seperkara lagi yang agak sukar dilakukan adalah menyusun kereta2 Nissan tu. Untuk menyusun memang mengambil masa dan perlukan kerjasama semua pemilik kereta2 tu. Perlu ada koordinator yang akan menentukan kaedah penyusunan tu. Selalunya fotografer yang coordinate penyusunan kereta tu. Corak susunan selalunya dibuat secara menegak sahaja untuk memudahkan kerja... tapi kalau dapat buat susunan yang lebih kreatif, macam kereta diletak senget-senget memang terbaik. Kadang2 ada permintaan untuk susun ikut jenis dan model. Tapi agak sukar, sebab kadang2 last2 minit ada plak yang baru sampai, sedangkan model yang sama dah siap susun kat depan.




Antara mender yang membantu dalam sesi photoshoot ni adalah:
- banner untuk menyerikan lagi gambar
- pembesar suara untuk memudahkan beri arahan
- kepada peserta, topi atau payung, sebab selalunya keadaan cuaca yang panas dan dibawah terik matahari kerana dibuat pada lokasi terbuka
- krim sunblock untuk halang dari sun-burn
- sudah pastinya kamera... kalau boleh kamera yang power lah.....









































Agak-agak berapa biji kereta Nissan dapat dikumpulkan dalam sesi fotoshoot untuk Family Day 2014 kali ni? Kalau anda mahu menjadi salah seorang dari peserta yang mencipta sejarah pengumpulan kereta Nissan terbanyak dalam sesi fotoshoot, bolehler sertai kami di Family Day 2014 Sungai Petani dari 1 hingga 3 Mei 2014 ini. Jangan Ketinggalan.....

1 comment: