Sunday, March 30, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Botak dan lain2

Sambungan dari sini.

Kita sambung baca report event ni, sambil2 layan gambar2 yang diambik oleh Botak dan jurugambar lain yang tak dapat dipastikan sapa.... psal mender dah lama... 4-5 tahun... .huhuh




Acara yang mendapat sambutan paling hebat dari penonton yang hadir adalah Demonstrasi Drift. Jentera-jentera Nissan yang menyertai acara ini terdiri dari kereta-kereta Nissan dengan pacuan roda belakang yang sememangnya sinonim dan terkenal dengan prestasi melakukan aksi Drift dengan baik. 

Thursday, March 27, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Assan

Sambungan dari sini.

Sambungan laporan bersama imej-imej oleh Assan plak....



Tujuan utama penganjuran Cabaran Autokhana 2009 adalah untuk menggalakkan dan mengeratkan perpaduan pelbagai kaum pemilik kereta Nissan dan Datsun. Selain itu peserta dapat menguji dan mempertingkatkan tahap kecekapan dan kemahiran memandu dengan teknik yang betul. Peserta juga diberikan kesedaran dan peringatan sepanjang acara diadakan tentang kepentingan keselamatan bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan sepanjang pertandingan juga di jalan raya.

Wednesday, March 26, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Mr. DG

Hmmmm..... kenapa yerk nak post nostalgia event Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 ni? Kalau nak tahu.... sila semak dipenghujung entry ni... ahaksss

Sebelum tu, jom kita layan gambar dan laporan event yang meriah ini. Gambar adalah nukilan Mr. DG.
.
.
.
.
Buat julung kalinya, Kelab Permotoran Kereta Nissan Malaysia atau lebih dikenali sebagai NISMOCLUB telah menganjurkan acara yang berbentuk sukan permotoran pada 8 November 2009 yang lalu di Kawasan Rehat & Rawat Lebuhraya Selat Kelang Utara, Shapadu. Acara yang dimaksudkan adalah Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009.

Peserta diberikan taklimat keselamatan

Tuesday, March 25, 2014

Family Day 2013 :: Photoshoot 2


Kalau sebelum entry nih, gambar2 diambil dari sudut tinggi... ni plak macam mana plak keadaannya berada pada lokasi tempat berkumpul. 

Pada Family Day 2013 yang lalu, kebetulan berhadapan dengan resort, ada sebidang padang rumput. Memang sesuai untuk sesi fotoshoot. Penganjur telah memohon kebenaran terlebih dahulu dari pihak resort bagi menggunakan lokasi ini. Bagi shoot dari sudut atas, fotografer hanya perlu duduk di salah satu apartment yang disewa. Walaupun penyertaan pada tahun 2013 menurun, tetapi acara yang dianjurkan tetap meriah.

Monday, March 24, 2014

Family Day 2013 :: Photoshoot


Satu lagi acara wajib dalam setiap Family Day yang dianjurkan NISMOCLUB adalah acara photoshoot. Dalam acara ini setiap peserta Family Day akan berkumpul dengan kereta Nissan mereka masing-masing ke lokasi yang telah ditetapkan oleh penganjur. Kriteria pemilihan lokasi selalunya adalah lokasi yang mempunyai keluasan yang mampu menampung bilangan kereta Nissan yang banyak dalam satu-satu masa. Pernah dalam salah satu acara Photoshoot Family Day ini, sebanyak 150 buah Nissan dari pelbagai jenis dan model berjaya dikumpulkan.

Sunday, March 23, 2014

Family Day 2013 :: Malam Pertama


Malam pertama semasa Family Day selalunya adalah malam santai, makan malam bersama dan perjumpaan tidak rasmi. Semasa ini lah peserta Family Day akan duduk berborak dan bertanyakan khabar sesama mereka. Almaklum, mereka datang dari seluruh pelusuk Malaysia. Peluang untuk berjumpa begini beramai2 hanya datang sekali setahun. Sudah pasti masing-masing kerinduan. hahaha.... Walaupun di alam maya seperti facebook dan wassap sering berkomunikasi, tapi komunikasi bersemuka lebih intim dan meninggalkan kesan yang mendalam.

Saturday, March 22, 2014

Family Day 2013 :: Sukaneka


Telah menjadi tradisi untuk Family Day NISMOCLUB mengadakan acara sukaneka. Acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan lagi suasana selain mengeratkan hubungan sesama peserta dan juga keluarga masing-masing. Semasa acara inilah peserta akan dapat berinteraksi dengan santai dan penuh kegembiraan. Berikut adalah contoh gambar2 yang sempat dirakam dan diedit oleh Eye Creative (Hairil Azuan) semasa acara sukaneka yang diadakan semasa Family Day 2013 di Kuala Selangor yang lalu.

Wednesday, March 19, 2014

Family Day 2011 :: Video Makan Durian

Mengimbau kenangan istimewa semasa Family Day 2011 di Teluk Batik.


Acara makan durian beramai-ramai ni tak dirancang. Kebetulan masa on the way balik, geng2 yang akan berkonvoi balik ke Kuala Lumpur berhajat untuk pekena durian. Setelah 2-3 hari lalu lalang nampak banyak gerai2 durian di tepi2 jalan sempena musim durian semasa tu. Sekali gerai tu dikonker oleh budak2 NISMOCLUB. Durian plak bukan calang2.... Udang Merah!! Selain tu ada gak buah2an tempatan yang lain macam pear, epal dan strawberi.... e eh.... Manggis dan Pulasan. Yang lagi best, makan punya makan.... sekali ada orang belanja lerrr..... Memang murah rezeki kitorang. Doakan jugak mamat yang belanja dimurahkan rezeki gak.

Jom layan video yang disediakan oleh Eyecreative. TQVM Heri!!

Kalau nak merasai kemeriahan Family Day NISMOCLUB, jangan lupa sertai Family Day NISMOCLUB 2014 dari 1 hingga 3 Mei 2014 ni. Jangan Ketinggalan...!!!


Tuesday, March 18, 2014

Family Day 2012 :: Promotion Video


Video ini pula disediakan oleh Eye Creative bagi tujuan promosi acara Family Day 2012 Kuala Terengganu yang lalu. Sedikit sebanyak ianya juga boleh dijadikan pembakar semangat kepada anda semua untuk menyertai Family Day 2014 Sungai Petani yang akan diadakan dari 1 hingga 3 Mei 2014 ini.




Saturday, March 15, 2014

NISMOCLUB Johor :: BBQ, Mega TT & Away Day (5 April 2014)


Wow.... geng NISMOCLUB Johor atau lebih manja dengan nama timangan Southern Nissan Owner dah mengorak langkah. Diorang dah selesai buat tour keliling Johor. Sebagai penutup tour tersebut, diorang buat event BBQ, Mega TT & Away Day di Air Terjun Bantang, Labis, Johor pada 5 April 2014 (Sabtu). Sekiranya anda berminat untuk menyertai atau mahukan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi saudara Rizal U12 di talian 0127408242.

Friday, March 14, 2014

Family Day 2011 :: Video Trailer


Family Day, FD2014 tidak lama lagi. 1 hingga 3 Mei 2014. Best ke join FD ni? hmmm.... kalau nak tau jom kita tengok video trailer disediakan Eye Creative bagi FD2011 yang telah diadakan di Teluk Batik, Perak.



Thursday, March 13, 2014

AGM2014 IPOH :: Berakhir



Walaupun Mesyuarat Agung Tahunan telah ditangguhkan, namun ahli masih tidak berganjak dari lokasi. Walaupun ada antaranya yang perlu menempuh perjalanan yang jauh untuk pulang ke destinasi masing-masing. Mereka telah menggunakan kesempatan ini untuk beramah mesra sesama sendiri. Almaklum peluang keemasan ini sangat berharga untuk dilepaskan kerana ahli yang hadir adalah dari seluruh pelusuk negara. Moga semangat setiakawan antara ahli-ahli NISMOCLUB dapat dikekalkan tanpa sebarang prejudis.

Wednesday, March 12, 2014

AGM2014 IPOH :: Memori Beramai-Ramai


Menjadi tradisi mana-mana acara yang dianjurkan terutama oleh NISMOCLUB, untuk bergambar beramai-ramai. Selain bagi tujuan merekodkan kenangan dan memori, ianya juga manifesto bagaimana ahli dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan sesi ini. Seterusnya memberikan gambaran tentang kerjasama yang bakal diberikan oleh ahli untuk membawa kejayaan kepada NISMOCLUB dimasa akan datang. Apabila masa berlalu, nilai gambar dan memori ini akan menjadi lebih berharga.

Ayuh kita saksikan aksi dan gelagat ahli semasa menjayakan sesi bergambar beramai-ramai ini....

Tuesday, March 11, 2014

AGM2014 IPOH :: Pendaftaran Keahlian


Salah satu dari usul yang dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah status keahlian NISMOCLUB(lama). Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk memulakan keahlian yang segar. Oleh itu, semua ahli NISMOCLUB(lama) perlu mendaftar semula keahlian. Dengan cara ini, sistem keahlian dan pengkalan data yang baru akan diadakan bagi memperkemaskan operasi NISMOCLUB.

Monday, March 10, 2014

Perlantikan Wakil Negeri 2014

Sumber dari http://mynismoclub.forumms.net/t34-perlantikan-wakil-negeri-dan-zone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Demi memastikan kelancaran dan kemajuan Nismoclub maka dengan itu wakil negeri dilantik utk mengetuai dan menyelaras aktiviti di tempat yg diwakili. Di harap dengan perlantikan ini rakan-rakan akan dapat memberikan sokongan dan kerjasama kpd wakil wakil di tempat rakan-rakan bermastautin.

Sunday, March 9, 2014

AGM2014 IPOH :: Jamuan



NISMOCLUB telah menyediakan jamuan makan tengahari dan minum petang kepada semua ahli Mesyuarat Agung Tahunan. Jamuan makan tengahari disediakan diantara sesi pagi dan sesi petang. Jamuan minum petang pula disediakan selepas Mesyuarat ditangguhkan. Peluang keemasan ini digunakan sepenuhnya oleh ahli untuk beramah mesra, mengeratkan ikatan dan mengenali dengan lebih rapat sesama ahli.

Saturday, March 8, 2014

AGM2014 IPOH :: Mesyuarat


Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama ini adalah sangat penting kepada Kelab Permotoran Nissan atau dikenali sebagai NISMOCLUB. Ianya merupakan langkah pertama NISMOCLUB(baru) dalam merancang dan mengatur strategi bagi mengharungi cabaran masa depan. Pengalaman NISMOCLUB(lama) telah memberi pendedahan dan mematangkan operasi NISMOCLUB(baru) bagi memastikan kelab ini kekal relevan. 

Tuesday, March 4, 2014

Family Day 2014 Sungai Petani


Hari Keluarga NISMOCLUB telah kembali untuk kali yang ke-10 pada tahun 2014 ini. Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap ahli NISMOCLUB dan keluarga. Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mengalaminya.

Di bawah adalah senarai pakej dan harga bagi FD Sungai Petani (Cinta Sayang Resort) 2014:

Sunday, March 2, 2014

AGM2014 IPOH :: Jentera-Jentera Nissan




Kelab Permotoran Nissan adalah kelab yang menggabungkan pemilik kesemua jenis kenderaan berjenama Nissan. Antara kriteria keahlian adalah memiliki kereta, van atau pacuan empat roda berjenama Nissan, Datsun, Infinity atau Impul (tanpa mengira jenama enjin). Kelab juga tidak meletakkan sebarang syarat keadaan kenderaan-kenderaan tersebut selagi ianya sah disisi undang-undang Malaysia dan memiliki cukai jalan yang sah.

Pada AGM2014 Ipoh yang lalu, telah menunjukkan kepelbagaian jentera Nissan yang hadir. Beberapa gambar rawak jentera-jentera Nissan yang diambil semasa AGM 2014 Ipoh berlangsung:

AGM2014 IPOH :: Sebelum Bermula



Syukur, Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama bagi Kelab Permotoran Nissan telah berlangsung dengan jayanya di Institut Latihan Pegawai Awam Negeri Perak, Ipoh pada 1 Mac 2014 yang lalu. Seramai 70 pemilik Nissan dari seluruh pelusuk Malaysia telah hadir dan mendaftar menjadi ahli kelab seterusnya menyertai mesyuarat ini.