Monday, June 23, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Official Results



Alhamdulillah syukur, kerana acara julung-julung kali Track Day yang dianjurkan oleh NISMOCLUB telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Jun 2014 yang lalu. Kehangatan dan semangat peserta masih lagi terasa sehingga ke hari ini. Ramai yang sudah tidak sabar untuk menyertai acara Track Day pada masa akan datang. Adalah sangat diharapkan acara ini akan terus dapat dianjurkan pada masa-masa akan datang.


Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap peserta, pengunjung, para sukarelawan, penaja sistem masa EPIC Motorsport, Encik Bob BRX, En. Khairul Izwan Razali, Ahli NISMOCLUB, AJK NISMOCLUB, Pojie Autoparts (menaja minum pagi) dan semua yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan terhadap acara ini. Pohon sejuta kemaafan juga sekiranya ada sebarang kekurangan dan kesilapan penganjur sepanjang acara. In Sya Allah penganjur akan cuba perbaiki untuk masa akan datang.

Secara rasminya seramai 50 peserta telah mendaftar untuk acara Track Day ini. Namun hanya 48 peserta yang menyertai acara Drag. Manakala bagi acara Time Attack, seramai 35 peserta yang telah menyahut cabaran.

Berikut adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh semua terutama kepada peserta untuk menilai pencapaian masing-masing iaitu keputusan rasmi.
Keputusan Acara Drag
Keputusan Acara Time Attack
Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya menyahut cabaran. Kedudukan tidak penting, yang penting adalah api semangat sukan permotoran, biarkan ianya terus marak menyala. Persiapkan diri dengan ilmu, persiapkan jentera agar berada pada tahap terbaik dan bersedialah untuk menyertai acara sukan permotoran ini seperti ini dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment