Thursday, February 27, 2014

Majalah KERETA 2003 :: Photoshoot Bukit Jalil


Aturcara AGM 2014



09.00 pagi                 :          Pendaftaran Kedatangan & Pendaftaran Keahlian

10.00 pagi                 :          Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis

:          Bacaan Doa

10.15 pagi                 :         Ucapan Perasmian oleh Pengerusi Penaja Kelab Permotoran Nissan (Nismoclub)

10.45 pagi                 :         Mesyuarat Agong Tahunan Bermula
-       Pengenalan AJK Penaja
-       Latar Belakang Penubuhan Kelab
-       Pembentangan Usul Sesi Pertama

12.30 t/hari                :         Makan Tengahari & Rehat

02.30 petang            :         Mesyuarat Agong Tahunan Bersambung
-       Pembentangan Usul Sesi Kedua
-       Pembubaran AJK Penaja
-       Pemilihan AJK Baru 2014/2015
-       Ucapan Penangguhan


05.00 petang            :          Minum Petang & Mesyuarat tamat

Jemputan ke NISMOCLUB's 1st AGM (2014)



Tarikh        : 09 Februari 2014        

Kepada,

Semua Pemilik Kenderaan Keluaran Nissan.

Tuan,

Jemputan dan Pemberitahuan ke Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama Kelab Permotoran Nissan (NISMOCLUB)

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2. Pemilik kenderaan keluaran Nissan adalah dijemput untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   : 01 Mac 2014 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi
Alamat  : Insitut Latihan Pegawai Awam Negeri Perak
                Jalan Raja Di Hilir,
                30350, Ipoh, Perak

3. Tujuan utama Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama ini dijalankan adalah untuk membuat pembubaran jawatankuasa penaja, pemilihan jawatankuasa baru, pembentangan dan pemindaan kandungan perlembagaan, pendaftaran ahli baru serta perkara-perkara berbangkit.

4. Kerjasama tuan untuk menghadirkan diri dan memberi komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini adalah sangat diharapkan dan dihargai.

Majulah Nismoclub Untuk Anda Semua.

Sekian.
Yang benar,


____________________
(Mohd Zul Helmi bin Muhamad Husin)
Setiausaha
Jawatankuasa Penaja

Kelab Permotoran Nissan