Wednesday, March 26, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 :: Imej oleh Mr. DG

Hmmmm..... kenapa yerk nak post nostalgia event Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009 ni? Kalau nak tahu.... sila semak dipenghujung entry ni... ahaksss

Sebelum tu, jom kita layan gambar dan laporan event yang meriah ini. Gambar adalah nukilan Mr. DG.
.
.
.
.
Buat julung kalinya, Kelab Permotoran Kereta Nissan Malaysia atau lebih dikenali sebagai NISMOCLUB telah menganjurkan acara yang berbentuk sukan permotoran pada 8 November 2009 yang lalu di Kawasan Rehat & Rawat Lebuhraya Selat Kelang Utara, Shapadu. Acara yang dimaksudkan adalah Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2009.

Peserta diberikan taklimat keselamatan


Peserta diberikan taklimat di lapangan
Peserta ditunjukkan demonstrasi
Autokhana adalah pertandingan kecekapan pemanduan kereta melalui laluan dan halangan yang telah ditetapkan dalam tempoh masa yang paling singkat. Acara sampingan yang turut diadakan adalah Autoshow dan Demonstrasi Drift. Mungkin agak unik apabila penyertaan acara-acara ini hanya dibuka kepada kereta dari jenama Nissan atau Datsun sahaja. Perkara ini adalah selaras dengan objektif penubuhan NISMOCLUB iaitu untuk memertabatkan dan memasyurkan kereta berjenama Nissan dan Datsun.




Penganjuran aktiviti ini telah berjaya mempelbagaikan jenis aktiviti penganjuran NISMOCLUB. Ianya telah membuka peluang ahli NISMOCLUB untuk menimba pengalaman dalam penyertaan serta penganjuran aktiviti dan acara berkaitan sukan permotoran. Adalah diharapkan penganjuran aktiviti yang berbentuk sukan permotoran seperti Cabaran Autokhana 2009 ini akan dijadikan acara tahunan kelab seperti mana penganjuran aktiviti tahunan Konvoi dan Hari Keluarga yang setakat ini telah berjaya dianjurkan oleh NISMOCLUB selama 4 tahun berturut-turut.



Bagi menjayakan penganjuran Cabaran Autokhana 2009 ini, NISMOCLUB telah bekerjasama rapat dengan School of Advance Motoring Principles (SAMP) sebagai penasihat teknikal pertandingan. Disamping itu sumbangan ikhlas, tajaan dan kerjasama juga diperolehi dari Lebuhraya Shapadu, Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang, Jabatan Pertahanan Awam Negeri Selangor, Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd, Ultra Racing (M) Sdn Bhd, OTR Publications Sdn Bhd, DM NEO Turbo, Super Asia Enterprise, KSR Speed, Malaya Drift, 69Nakamura SOL Racing dan Herry Y10 bagi memastikan kemeriahan penganjuran acara ini.


Sambungan laporan seterusnya, tunggu entry selepas ini.... Sekarang kita layan gambar jer dulu....




Demonstrasi Drift....














Barisan pemenang dan VIP
Dengar ceritanya, sempena FD2014 ni, akan dianjurkan acara yang seakan-akan acara ini. Khas dianjurkan kepada peserta Family Day 2014. Nak tau lanjut? stay tune... ahaksss....

1 comment: