2 May 2014 (Jumaat)
Setelah mendengar taklimat, semua peserta bersama keluarga masing-masing telah berkonvoi ke tempat letak kereta taman tema The Carnival. Terdapat dua tujuan utama peserta datang ke lokasi ini. Yang pertama adalah bagi tujuan fotoshoot dan keduanya adalah untuk masuk beriadah dalam taman tema air tersebut.
Cuaca pada hari tersebut adalah sangat baik dan panas terik. Sangat sesuai bagi tujuan mengadakan sesi fotoshoot. Namun untuk mengelakkan suasana tidak selesa kepada anak-anak kecil dan kaum ibu, mereka telah memasuki The Carnival terlebih dahulu. Manakala peserta kekal berada di tempat letak kereta tersebut bagi memberikan kerjasama kepada penganjur untuk menyusun kereta bagi persiapan fotoshoot untuk memastikan gambar terbaik diperolehi.
|
bagi yang berkeluarga, MPV Serena menjadi pilihan |
|
Sentra B13 |
|
Satu2nya Navara |
|
Wow.... Nissan apa ni? rare betul.... tak pernah nampak lagi... |
Acara fotoshoot merupakan aktiviti wajib dalam setiap penganjuran Hari Keluarga NISMOCLUB. Pada sesi kali ini, NISMOCLUB berjaya mengumpulkan sebanyak 74 buah Nissan / Datsun yang terdiri dari pelbagai model, jenis badan kereta dan keadaan. Inilah keunikkan NISMOCLUB!!!
|
Belakang N16 |
|
Barisan C24 |
|
Cer teka, Nissan apakah ini? |
|
Inilah dia Nissan Prairie M11 |
|
Pandangan belakang barisan C24 |
|
Barisan pandangan belakang U12 |
|
N16 mengadap belakang U11 |
|
Olskool rocks!! |
|
Barisan muka U12 |
|
kecederaan ringan dimuka, tidak menghalang abe kito dari kelantan untuk join FD ni. |
Walaupun nampak mudah, tetapi acara menyusun kereta bagi tujuan sesi fotoshoot ini memerlukan kerjasama yang tinggi dari setiap peserta. Tahap kesabaran juga diperlukan kerana ianya mengambil masa yang lama bagi memastikan setiap kelibat kereta peserta boleh kelihatan pada gambar yang bakal diambil. Kereta juga perlu disusun untuk mendapatkan gambar yang kemas. Keadaan lokasi fotografi juga memainkan peranan terutama keadaan persekitaran lokasi serta keluasannya.
No comments:
Post a Comment