Wednesday, May 14, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Maklumat Lanjut




1.      Nissan Track Day & Gathering :

Terdapat dua bahagian dalam acara ini:

a.      Track Day: Peserta akan diberi peluang untuk memandu kereta Nissan/Datsun masing-masing dalam acara Drag pada bahagian lurus litar dan acara Time Attack mengelilingi litar dengan masa terpantas dalam keadaan keselamatan yang terkawal. Acara ini bukan pertandingan. Namun senarai kedudukan (ranking) akan dikeluarkan.

b.      Gathering: Pemilik dan peminat kereta-kereta Nissan/Datsun dapat berkumpul untuk mengeratkan sillaturahim, berkongsi pengalaman dan pengetahuan sambil menyaksikan acara Drag dan Time Attack di litar.


2.      Penganjur                       :

NISMOCLUB (Kelab Permotoran Kereta Nissan Malaysia)

3.      Objektif                           :

a. Menggalakkan dan mengeratkan perpaduan pelbagai kaum dikalangan ahli NISMOCLUB serta pemilik kereta Nissan/Datsun.

b. Bagi memenuhi Fasal 4 Tujuan dan Matlamat Kelab dalam perlembagaan NISMOCLUB iaitu “Meningkatkan kesedaran dan sikap bertanggungjawab dikalangan semua ahli Kelab melalui bimbingan, nasihat dan kursus yang akan dianjurkan oleh Kelab supaya mematuhi peraturan jalanraya seperti yang disarankan oleh Kerajaan agar kadar kemalangan dapat dikurangkan.

c.     Untuk menguji dan mempertingkatkan tahap kecekapan dan kemahiran memandu dengan teknik yang betul dikalangan ahli NISMOCLUB.

d.     Mempelbagaikan aktiviti penganjuran NISMOCLUB.

e. Peluang untuk menimba pengalaman dikalangan ahli NISMOCLUB dalam penyertaan serta penganjuran aktiviti dan acara berkaitan sukan permotoran.

f.   Untuk mempromosikan dan memasyurkan NISMOCLUB serta kereta berjenama Nissan / Datsun.

4.      Syarat Track Day           :

a.  Terbuka kepada ahli NISMOCLUB yang berdaftar dan pemilik kereta Nissan/Datsun.

b.      Penyertaan hanya terbuka untuk kereta Nissan atau Datsun sahaja.

c.   Penyertaan hanya terbuka untuk kereta yang mempunyai cukai jalan yang sah, berkeadaan baik dan mematuhi undang-undang jalan raya Malaysia.

d.   Peserta perlu memiliki dan menunjukkan lesen memandu Malaysia yang sah semasa pendaftaran.

e.  Peserta perlu menggunakan tali pinggang keledar dan memakai kasut serta topi keledar sepanjang acara. Pemadam kebakaran digalakkan untuk disediakan.

f.        Peserta perlu memastikan tahap kesihatan yang baik semasa acara.

g.  Atas sebab-sebab keselamatan, marshall acara berhak menghalang peserta dari memandu sekiranya didapati kereta, cara pemanduan dan sikap peserta boleh mengundang bahaya.

h.      Keputusan penganjur adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

5.      Yuran                               :


b.      Deposit penyertaan Track Day adalah RM50/pemandu, perlu dibayar sebelum 20 Mei 2014 ke:
                  Ambank 0150023088761
                  Hishammizar Bin Jaafar

c.       Tiada yuran dikenakan bagi peserta Gathering.

6.      Kategori                           :

Tiada kategori khusus akan diadakan.

7.      Hadiah                             :

a.      Acara ini bukan pertandingan. Oleh itu, tiada hadiah akan disediakan.

b.      Namun saguhati kepada peserta Track Day mungkin disediakan sekiranya bilangan penyertaan mencukupi.

c.       Sijil penyertaan disediakan untuk mereka yang membayar deposit penyertaan sebelum 20 Mei 2014

8.      Aturcara Acara                           :

Masa
Perkara
8.00 pg - 9.00 pg
Pendaftaran Track Day
9.00 pg - 9.15 pg
Taklimat Peserta Drag
9.30 pg - 12.30 ptg
Acara Drag
12.30 ptg - 2.00 ptg
Rehat
2.00 ptg – 2.15 ptg
Taklimat Peserta Time Attack
2.30 ptg - 5.30 ptg
Acara Time Attack
5.30 ptg – 6.00 ptg
Keputusan, Penutup & Acara Tamat
*semua aktiviti adalah tertakluk pada perubahan


a.      Drag adalah perlumbaan antara dua buah kereta yang dipandu dari garisan permulaan hingga garisan penamat pada laluan yang lurus.

b.      Setiap peserta akan diberikan Kad Rekod yang perlu bawa bersama sepanjang acara Drag dijalankan.

c.       Perlumbaan antara dua kereta akan dijalankan berdasarkan persetujuan antara dua peserta.

d.     Perlumbaan akan dimulakan oleh Start Marshall. Pada garisan penamat, Finish Marshall akan menentukan pemenang iaitu kereta yang terlebih dahulu mencecah garisan penamat.

e.      Sekiranya Finish Marshall tidak dapat menentukan pemenang kerana kedudukan antara kedua kereta terlalu hampir, kedua-dua peserta dikira pemenang.

f.        Peserta perlu memandu ke arah Record Marshall dan menyerahkan Kad Rekod. Record Marshall akan cop pada Kad Rekod setiap peserta sama ada ‘Menang’ atau ‘Kalah’. Kad Rekod akan diserahkan semula kepada peserta.

g.      Peserta diberi peluang untuk menyertai perlumbaan Drag sebanyak yang mungkin mengikut giliran selagi masa mengizinkan.

h.      Apabila acara tamat, semua peserta perlu mengemukakan Kad Rekod masing-masing kepada Pencatat Keputusan bagi tujuan pengiraan markah. Setiap cop ‘Menang’ akan mendapat 2 markah, manakala cop ’Kalah’ mendapat 1 markah.

i.        Senarai kedudukan akan dikeluarkan berdasarkan jumlah markah terbanyak yang berjaya dikumpulkan oleh setiap peserta.

10.  Acara Time Attack                                 :

a.      Peserta dikehendaki memandu kereta dengan dilepaskan satu persatu mengelilingi 1 pusingan litar untuk mencatatkan masa terpantas.

b.      Peserta akan memandu kereta bermula secara standing start dari Point A oleh Start Marshall.

c.       Masa akan mula diambil apabila kereta peserta melalui Point B.

d.     Peserta perlu memandu kereta mengelilingi litar mengikut laluan yang telah ditetapkan kembali melalui Point B semula. Catatan masa akan diambil apabila kereta peserta melalui semula Point B setelah membuat 1 pusingan litar.

e.      Peserta perlu memandu memasuki kawasan pit pada Point C.

f.        Peserta berpeluang untuk mencuba membuat catatan masa lagi sekiranya waktu mengizinkan.


g.      Senarai kedudukan akan dikeluarkan berdasarkan masa terbaik yang dapat dibuat dalam mana-mana pusingan pemanduan.

No comments:

Post a Comment