Tuesday, May 27, 2014

Family Day 2014 :: The Beginning

NISMOCLUB MALAYSIA telah menganjurkan acara tahunan terbesar kelab iaitu NISMOCLUB Family Day bagi tahun 2014  di Cinta Sayang Resort Golf & Country Club Sungai Petani Kedah Darul Aman  pada 1 hingga 3 May 2014 yang lalu.

Program ini dianjurkan untuk mencapai matlamat seperti berikut:
a) Mengeratkan tali silaturahim antara ahli keluarga;
b) Memupuk semagat  kerjasama dan persaudaraan antara ahli keluarga;
c) Menyemai sifat hormat menghormati antara ahli keluarga; dan
d) Menjadikan medium untuk untuk merehatkan minda kepada semua peserta.

Berkumpul sebelum berkonvoi ke Cinta Sayang Resort
Pendaftaran peserta


1 Mei 2014 (Khamis)

Acara Hari Keluarga ini telah dimulakan dengan semua peserta berkumpul di Tan Chong Motor Perai. Di sana peserta telah diberikan taklimat dari penganjur dan seterusnya berkonvoi ke Cinta Sayang Resort. Konvoi telah dilepaskan oleh Mr Bernert Ang iaitu Pengurus Besar Tan Chong Motor Perai.




Setelah tiba di Cinta Sayang Resort, semua peserta telah mendaftar. Agihan kunci bilik, tshirt keluaran khas, beg, tag dan sticker telah dibuat kepada setiap peserta yang mendaftar.







Selepas pendaftaran, acara selanjutnya adalah Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 yang diadakan di kawasan tempat letak kereta Cinta Sayang Resort.


Pada sebelah malam, majlis makan malam steambot diadakan. Peluang ini digunakan oleh peserta untuk beramah mesra dan bertanyakan khabar terutama dengan sahabat-sahabat yang datang dari negeri-negeri lain.












2 Mei 2014 (Jumaat)

Seawal 7 pagi kesemua peserta disajikan sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Resort. Setelah selesai bersarapan, peserta telah berkumpul di lobi resort, untuk mendengar taklimat aktiviti yang bakal dijalankan pada hari tersebut. Disamping itu, taklimat juga menyentuh tentang konvoi ringkas yang perlu dilalui untuk ke lokasi fotoshoot dan sukaneka iaitu di Carnival Water Park yang berada tidak jauh dari lokasi penginapan.

























Bersambung....

Foto kredit Shahrul Anuar )

2 comments: