Tuesday, May 20, 2014

Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 :: Brief Report

Sambungan dari Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 :: 2nd Session.



Cabaran Autokhana NISMOCLUB 2014 telah diadakan bersempena Family Day NISMOCLUB 2014 di Cinta Sayang Resort Sungai Petani pada 1 Mei 2014 yang lalu. Penyertaan telah didominasi oleh ahli-ahli NISMOCLUB dan pemilik Nissan/Datsun dari zon utara.



Laluan yang telah ditentukan. Foto kredit Shahrul Anuar 
Kali terakhir Cabaran Autokhana ini diadakan adalah di Kelang pada tahun 2009. Sudah pasti ahli-ahli NISMOCLUB telah menantikan acara seumpama ini dianjurkan oleh NISMOCLUB. Walaupun penganjuran kali ini telah diadakan secara kecil-kecilan, namun ianya tetap menarik minat beberapa pihak untuk memberi tajaan iaitu Idemitsu, GT Northern Tyre & Services, KS2 Auto dan 3D Performance Auto.

Foto kredit Shahrul Anuar
Foto kredit Shahrul Anuar
Foto kredit Shahrul Anuar
Acara ini telah menerima seramai 24 penyertaan yang terdiri dari pelbagai model Nissan/Datsun. Sebanyak 20 penyertaan dalam kategori Normally Aspirated dan 4 penyertaan dalam kategori Turbo. Setiap penyertaan telah menerima sehelai tshirt berkolar yang ditaja oleh Idemitsu. Cabaran utama kepada peserta adalah untuk mengingati laluan yang telah ditetapkan. Selain itu, kondisi permukaan jalan serta halangan-halangan lain menjadikan acara ini sangat menarik untuk disaksikan oleh penonton.





























Foto kredit Shahrul Anuar
Foto kredit Shahrul Anuar
Foto kredit Shahrul Anuar
Foto kredit Shahrul Anuar
Foto kredit Shahrul Anuar
Foto kredit Shahrul Anuar
Foto kredit Shahrul Anuar
Acara ini berjaya diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan dengan setiap peserta diberi peluang sebanyak 3 kali untuk mendapatkan catatan terbaik. Pemenang dipilih dari masa terpantas yang dibuat diantara 3 pusingan yang dijalankan.
Foto kredit Shahrul Anuar

Keputusan acara ini telah diumumkan dalam majlis makan malam Family Day 2014 yang diadakan pada 2 Mei 2014. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh saudara Mizar iaitu Pengerusi NISMOCLUB Malaysia.

Bagi kategori NA, ianya telah dimenangi oleh Nordi yang berjenterakan Nissan Sunny B11 yang dipacu oleh enjin SR16VE. Tempat kedua telah disandang oleh Mizar dengan mempertaruhkan Nissan Sentra N16 dengan enjin asal dari kilang iaitu QG16DE. Manakala tempat ketiga pula diperolehi oleh Atai yang meminjam kereta Mizar untuk mencuba nasib dalam pertandingan ini.




Bagi kategori TURBO pula, Juara disandang oleh Azizi yang memandu Nissan 180SX S13 bernadi SR20DET. Diekori pada tempat kedua pula adalah Pak Ku yang menggunakan jentera Nissan Bluebird U12 juga bernadikan SR20DET. Manakala Mat dengan Nissan Cefiro A31 telah merampas tempat ketiga bagi melengkapkan senarai pemenang bagi acara Cabaran Autokhana 2014 ini.





No comments:

Post a Comment