Saturday, May 31, 2014

Family Day 2014 :: Sukaneka at The Carnivall - Part 1


Selesai menyusun kereta di kawasan yang ditentukan dan acara fotoshoot diadakan, peserta telah beramai-ramai masuk ke The Carnivall iaitu taman tema air yang terkenal di utara tanah air. Disamping bergembira dengan tarikan-tarikan yang ada di The Carnivall, acara sukaneka juga diadakan di sini. Sudah pasti ianya menarik setelah menggabungkan keseronokan bersukaneka bersama tarikan taman tema air.



Setelah menikmati juadah makan tengahari yang disediakan di dalam taman tema ini, peserta-peserta muslim telah ke masjid berhampiran untuk bersolat Jumaat. Selesai sembahyang Jumaat, semua peserta telah berkumpu semula di The Carnivall.












Acara sukaneka dimulakan dengan taklimat ringkas perjalanan acara oleh penganjur. Tanpa membuang masa, acara pertama dimulakan dengan acara mencari botol diadakan untuk kategori lelaki dewasa secara berpasangan.

















































...bersambung...

No comments:

Post a Comment