Monday, July 7, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Photo Session


Selesai acara CCT, semua yang hadir, sama ada yang menyertai acara trackday atau yang hanya datang sebagai pononton telah sepakat untuk meletakkan kenderaan Nissan masing-masing di bahagian tengah litar untuk sesi mengambil gambar. Kenderaan-kenderaan ini menjadi latar kepada gambar peserta dan pononton pada hari tersebut.













































Selesai sesi bergambar, penganjur telah mengumumkan sepuluh kedudukan tertinggi carta kedudukan bagi setiap acara Drag dan Time Attack.

Acara berakhir sejurus selepas itu. Peserta dan penonton bersurai menuju ke destinasi masing-masing.

Acara ini telah berjaya mencapai objektif penganjurannya. Peserta trackday telah menimba pengalaman dan pengetahuan berharga memandu secara kompetetif di litar yang keselamatannya terjamin. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Kerjasama yang diberikan oleh setiap peserta dan sukarelawan adalah sangat baik turut membantu kelancaran perjalanan acara. Penganjur juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Khairul Izwan selaku ketua marshall, kepada Encik Bob BRX dan kepada EPIC Motorsport atas kerjasama dan bantuan yang diberikan. Semoga acara seperti ini dapat dianjur lagi pada masa-masa akan datang dan terus mendapat sokongan dari semua pihak.

No comments:

Post a Comment