Saturday, July 5, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Time Attack & CCT


Acara drag telah diadakan sepanjang waktu pagi iaitu dari pukul 9.30pagi sehingga 12.30tengahari. Kemudian acara telah berhenti sebentar bagi membolehkan peserta dan jentera masing-masing berehat sebelum meneruskan acara pada sebelah petang. Peserta dan sukarelawan juga disediakan makan tengahari bagi memudahkan mereka. Disamping itu, pengunjung boleh mendapatkan makan tengahari di kafeteria yang terdapat di litar ini.

Pada pukul 2.00petang, acara disambung semula dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan perjalanan acara sekali lagi oleh Ketua Marshall yang telah dilantik. Taklimat kali ini adalah sebagai persiapan bagi acara Time Attack dan CCT.





Peserta kemudiannya telah menyusun jentera masing-masing pada "gate" keluar dan bersedia untuk acara Time Attack. Untuk acara ini, NISMOCLUB sangat bertuah kerana telah ditawarkan tajaan penggunaan sistem masa elektronik bertransponder oleh EPIC Motorsport. Alat transponder sistem masa telah dipasang pada setiap kereta yang bersedia untuk dilepaskan pada "gate" keluar tersebut oleh marshall. 







Jentera-jentera peserta telah dilepaskan satu persatu dengan sela beberapa minit antara jentera tersebut dan dibuat dalam satu kumpulan 4 hingga 5 kereta. Peserta diminta untuk membuat jumlah 5 pusingan litar termasuk formation lap dan pusingan penutup. Dengan cara ini, catatan masa bagi 3 pusingan akan dibuat secara automatik oleh sistem masa bertransponder. Carta kedudukan akan dibuat berdasarkan masa terpantas yang terbaik antara 3 catatan masa pusingan yang dibuat oleh setiap peserta.







Dengan kerjasama yang baik diberikan oleh setiap peserta, acara Time Attack ini berjaya diadakan dengan lancar sekali dan dapat diselesaikan mengikut jadual. 

Masa yang masih terluang, telah digunakan sepenuhnya untuk mengadakan acara CCT pula. CCT adalah perlumbaan antara 5-6 buah jentera mengelilingi litar. Untuk acara ini, peserta perlu berlumba sebanyak 3-4 pusingan. Pada mulanya, peserta agak "malu", namun atas pengalaman Encik Bob BRX yang menjemput peserta mengikut model telah berjaya menarik minat penyertaan acara ini.



Acara perlumbaan CCT untuk Nissan Sentra B13.












Acara perlumbaan CCT untuk Nissan Sunny B11.


















Bersambung...

No comments:

Post a Comment