1. Nissan
Track Day & Gathering :
Terdapat
dua bahagian dalam acara ini:
a.
Track Day: Peserta
akan diberi peluang untuk memandu kereta Nissan/Datsun masing-masing dalam
acara Drag pada bahagian lurus litar
dan acara Time Attack mengelilingi
litar dengan masa terpantas dalam keadaan keselamatan yang terkawal. Acara ini
bukan pertandingan. Namun senarai kedudukan (ranking) akan dikeluarkan.
b.
Gathering: Pemilik dan peminat kereta-kereta
Nissan/Datsun dapat berkumpul untuk mengeratkan sillaturahim, berkongsi pengalaman
dan pengetahuan sambil menyaksikan acara Drag
dan Time Attack di litar.
NISMOCLUB (Kelab Permotoran Kereta
Nissan Malaysia)
3. Objektif :
a. Menggalakkan
dan mengeratkan perpaduan pelbagai kaum dikalangan ahli NISMOCLUB serta pemilik
kereta Nissan/Datsun.
b. Bagi
memenuhi Fasal 4 Tujuan dan Matlamat Kelab dalam perlembagaan NISMOCLUB iaitu “Meningkatkan kesedaran dan sikap
bertanggungjawab dikalangan semua ahli Kelab melalui bimbingan, nasihat dan
kursus yang akan dianjurkan oleh Kelab supaya mematuhi peraturan jalanraya
seperti yang disarankan oleh Kerajaan agar kadar kemalangan dapat dikurangkan.”
c. Untuk
menguji dan mempertingkatkan tahap kecekapan dan kemahiran memandu dengan
teknik yang betul dikalangan ahli NISMOCLUB.
d.
Mempelbagaikan
aktiviti penganjuran NISMOCLUB.
e. Peluang
untuk menimba pengalaman dikalangan ahli NISMOCLUB dalam penyertaan serta penganjuran
aktiviti dan acara berkaitan sukan permotoran.
f. Untuk
mempromosikan dan memasyurkan NISMOCLUB serta kereta berjenama Nissan / Datsun.
4. Syarat
Track Day :
a. Terbuka
kepada ahli NISMOCLUB yang berdaftar dan pemilik kereta Nissan/Datsun.
b.
Penyertaan
hanya terbuka untuk kereta Nissan atau Datsun sahaja.
c. Penyertaan
hanya terbuka untuk kereta yang mempunyai cukai jalan yang sah, berkeadaan baik
dan mematuhi undang-undang jalan raya Malaysia.
d. Peserta
perlu memiliki dan menunjukkan lesen memandu Malaysia yang sah semasa
pendaftaran.
e. Peserta
perlu menggunakan tali pinggang keledar dan memakai kasut serta topi keledar sepanjang
acara. Pemadam kebakaran digalakkan untuk disediakan.
f.
Peserta
perlu memastikan tahap kesihatan yang baik semasa acara.
g. Atas
sebab-sebab keselamatan, marshall acara berhak menghalang peserta dari memandu
sekiranya didapati kereta, cara pemanduan dan sikap peserta boleh mengundang
bahaya.
h.
Keputusan
penganjur adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
5. Yuran :
b.
Deposit
penyertaan Track Day adalah
RM50/pemandu, perlu dibayar sebelum 20 Mei 2014 ke:
Ambank
0150023088761
Hishammizar
Bin Jaafar
c.
Tiada
yuran dikenakan bagi peserta Gathering.
6. Kategori :
Tiada kategori khusus akan diadakan.
7. Hadiah :
a.
Acara
ini bukan pertandingan. Oleh itu, tiada hadiah akan disediakan.
b.
Namun
saguhati kepada peserta Track Day
mungkin disediakan sekiranya bilangan penyertaan mencukupi.
c.
Sijil
penyertaan disediakan untuk mereka yang membayar deposit penyertaan sebelum 20
Mei 2014
8. Aturcara
Acara :
Masa
|
Perkara
|
8.00 pg
- 9.00 pg
|
Pendaftaran Track
Day
|
9.00 pg
- 9.15 pg
|
Taklimat
Peserta Drag
|
9.30 pg
- 12.30 ptg
|
Acara Drag
|
12.30 ptg - 2.00 ptg
|
Rehat
|
2.00 ptg – 2.15 ptg
|
Taklimat Peserta Time Attack
|
2.30 ptg - 5.30 ptg
|
Acara Time
Attack
|
5.30 ptg – 6.00 ptg
|
Keputusan,
Penutup & Acara Tamat
|
a.
Drag adalah
perlumbaan antara dua buah kereta yang dipandu dari garisan permulaan hingga
garisan penamat pada laluan yang lurus.
b.
Setiap peserta akan diberikan Kad Rekod yang perlu bawa
bersama sepanjang acara Drag dijalankan.
c.
Perlumbaan antara dua kereta akan dijalankan berdasarkan
persetujuan antara dua peserta.
d.
Perlumbaan akan dimulakan oleh Start Marshall. Pada garisan penamat, Finish Marshall akan menentukan pemenang iaitu kereta yang terlebih
dahulu mencecah garisan penamat.
e.
Sekiranya Finish
Marshall tidak dapat menentukan pemenang kerana kedudukan antara kedua
kereta terlalu hampir, kedua-dua peserta dikira pemenang.
f.
Peserta perlu memandu ke arah Record Marshall dan menyerahkan Kad Rekod. Record Marshall akan cop pada Kad Rekod setiap peserta sama ada
‘Menang’ atau ‘Kalah’. Kad Rekod akan diserahkan semula kepada peserta.
g.
Peserta diberi peluang untuk menyertai perlumbaan Drag sebanyak yang mungkin mengikut
giliran selagi masa mengizinkan.
h.
Apabila acara tamat, semua peserta perlu mengemukakan Kad
Rekod masing-masing kepada Pencatat Keputusan bagi tujuan pengiraan markah.
Setiap cop ‘Menang’ akan mendapat 2 markah, manakala cop ’Kalah’ mendapat 1
markah.
i.
Senarai kedudukan akan dikeluarkan berdasarkan jumlah
markah terbanyak yang berjaya dikumpulkan oleh setiap peserta.
10. Acara
Time Attack :
a. Peserta
dikehendaki memandu kereta dengan dilepaskan satu persatu mengelilingi 1
pusingan litar untuk mencatatkan masa terpantas.
b. Peserta
akan memandu kereta bermula secara standing start dari Point A oleh Start Marshall.
c. Masa
akan mula diambil apabila kereta peserta melalui Point B.
d. Peserta
perlu memandu kereta mengelilingi litar mengikut laluan yang telah ditetapkan
kembali melalui Point B semula.
Catatan masa akan diambil apabila kereta peserta melalui semula Point B setelah membuat 1 pusingan
litar.
e. Peserta
perlu memandu memasuki kawasan pit pada Point
C.
f.
Peserta berpeluang untuk mencuba membuat catatan masa
lagi sekiranya waktu mengizinkan.
g. Senarai
kedudukan akan dikeluarkan berdasarkan masa terbaik yang dapat dibuat dalam
mana-mana pusingan pemanduan.
No comments:
Post a Comment