Friday, July 4, 2014

Nissan Track Day & Gathering 2014 :: Briefing & Around The Track



Pada pukul 9.00 pagi, satu sesi taklimat keselamatan dan kaedah perlaksanaan acara drag telah diadakan oleh Ketua Marshall. Kemudian peserta diberi peluang untuk membuat persiapan terakhir dan melekatkan pelekat yang disediakan pada jentera masing-masing 







Seterusnya acara drag telah diadakan. Acara ini agak unik, kerana tidak ditentukan sebarang kategori. Sebaliknya acara diadakan secara lambak, mengikut format drag yang diadakan oleh BRX. Peserta bebas untuk memilih rakan yang akan berentap dalam drag. Setiap peserta yang menang dalam drag tersebut akan diberikan 2 mata, manakala yang tidak berjaya akan diberikan 1 mata. Diakhir perlumbaan, jumlah mata akan dikumpul dan dikira untuk menentukan senarai tangga carta kedudukan. Dengan cara ini, jentera yang berkuasa, tidak semestinya boleh berada pada kedudukan tertinggi carta. Sebaliknya jentera yang mampu bertahan dan keluar sebanyak yang mungkin mempunyai kelebihan.

Disepanjang acara ini, tidak lari dari kereta-kereta yang mengalami masalah teknikal. Namun atas semangat kerjasama rakan-rakan lain, kerja-kerja pembaikan telah dibuat di lokasi acara.


































Bersambung...

1 comment:

  1. yes!! gmabo kete aku ade kikikiki............

    ReplyDelete