Thursday, February 27, 2014

Jemputan ke NISMOCLUB's 1st AGM (2014)



Tarikh        : 09 Februari 2014        

Kepada,

Semua Pemilik Kenderaan Keluaran Nissan.

Tuan,

Jemputan dan Pemberitahuan ke Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama Kelab Permotoran Nissan (NISMOCLUB)

Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.

2. Pemilik kenderaan keluaran Nissan adalah dijemput untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   : 01 Mac 2014 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi
Alamat  : Insitut Latihan Pegawai Awam Negeri Perak
                Jalan Raja Di Hilir,
                30350, Ipoh, Perak

3. Tujuan utama Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama ini dijalankan adalah untuk membuat pembubaran jawatankuasa penaja, pemilihan jawatankuasa baru, pembentangan dan pemindaan kandungan perlembagaan, pendaftaran ahli baru serta perkara-perkara berbangkit.

4. Kerjasama tuan untuk menghadirkan diri dan memberi komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini adalah sangat diharapkan dan dihargai.

Majulah Nismoclub Untuk Anda Semua.

Sekian.
Yang benar,


____________________
(Mohd Zul Helmi bin Muhamad Husin)
Setiausaha
Jawatankuasa Penaja

Kelab Permotoran Nissan

3 comments:

  1. selamat bermesyuarat..still love nismoclub walaupun blom mampu pakai nissan.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. i love you too....
      ehhh.....
      i love nismoclub too... ahaksss...

      Delete