Tarikh : 09
Februari 2014
Kepada,
Semua Pemilik
Kenderaan Keluaran Nissan.
Tuan,
Jemputan dan Pemberitahuan ke Mesyuarat Agong
Tahunan Kali Pertama Kelab Permotoran Nissan (NISMOCLUB)
Perkara
di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.
2. Pemilik kenderaan keluaran Nissan adalah dijemput
untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama yang akan
diadakan seperti berikut:
Tarikh : 01 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi
Alamat : Insitut Latihan Pegawai Awam Negeri Perak
Jalan Raja Di Hilir,
30350, Ipoh, Perak
3. Tujuan utama Mesyuarat Agong Tahunan Kali
Pertama ini dijalankan adalah untuk membuat pembubaran jawatankuasa penaja, pemilihan
jawatankuasa baru, pembentangan dan pemindaan kandungan perlembagaan,
pendaftaran ahli baru serta perkara-perkara berbangkit.
4. Kerjasama tuan untuk menghadirkan diri dan
memberi komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini adalah sangat diharapkan dan dihargai.
Majulah
Nismoclub Untuk Anda Semua.
Sekian.
Yang
benar,
____________________
(Mohd Zul Helmi bin Muhamad Husin)
Setiausaha
Jawatankuasa
Penaja
Kelab
Permotoran Nissan
selamat bermesyuarat..still love nismoclub walaupun blom mampu pakai nissan.. ��
ReplyDeletei love you too....
Deleteehhh.....
i love nismoclub too... ahaksss...
ehemmm
ReplyDelete